*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Dari
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal
dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada
tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku
dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan
ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan
keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi
yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah
disebabkan keistimewannya yang tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari
itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya
aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan
al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada
hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah
s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai
bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan
(hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula
diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat
bagi seluruh alam.
Hakikat
inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid
al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.
Sumber: http://tazkirahawam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment