Friday, 10 February 2012

Couple!!!boleh ke...


couple???
apa maksudnya couple tu?
couple maksudnya berpasangan..
dalam Islam memang telah menyatakan setiap daripada kamu telah diciptakan berpasangan..
tetapi Islam tidak menganjurkan untuk berpasangan tanpa ikatan yang sah dari segi syar'i nya...
malah Islam melarang sama sekali sesuatu hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti budaya bercouple ini..
dari mana datangnya budaya ni?
sedangkan Islam tak pernah mengajarnya...
fikirkan persoalan ini dan cuba renungkan, kalau bukan datangnya dari ajaran Islam dari mana datangnya...
ana tigalkan persoalan ini untuk antum smua fikirkan..
adakah dengan cara bercouple kita boleh mengenal pasangan kita sebaik2nya?
mungkin akan ada yang akan menjawab ya dan mungkin ada yang mengatakan tidak..
bagi yang menjawab ya, mungkin mempunyai alasannya, apabila kita berkenalan dengan cara berpasangan ni sudah tentulah kita akan mengenali pasangan kita sebetul2nya..
tapi adakah kita pernah terfikir bahawa hati manusia dan nafsu kehendak manusia boleh berubah-ubah..
jadi bagi yang mengatakan ya, mungkin pandangan antum salah kerana, jika Allah telah tetapkan jodohnya dengan orang lain maka tidakkah antum yang ditingalkan tidak meneyesal kerana itu...
pertemuan dan perpisahan tu adalah takdir Allah..
setiap pertemuan dan perpisahan itu telah Allah aturkan..
jadi kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan apa yang kita hendaki...
berusaha tidak semestinya dengan cara mencari pasangan atau bercouple kerana setiap usaha yang diredhai Allah pasti akan membuahkan hasil...
usaha ada bermacam-macam cara..
bercouple bukan lah cara terakhir dan terawal yang kita perlu ambil tetapi bercouple bukanlah cara yang sepatutnya kita ambil..
perasaan mencintai orang lain memang tidak boleh dihalang..
tetapi fikirkanlah perasaan Allah jika kita melanggar larangannya...
yang mana harus kita utamakan diri kita atau mentaati perintah Allah...


No comments:

Post a Comment