Friday, 24 February 2012

",...papa baca kuat2 ya pa, supaya Ayu boleh dgr "



Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru.

Buku bergambar seorang peri kecil yang kiut, sangat menarik
perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian
ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca
matanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi
"Wah,. buku baru ya Ayu?", "
"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari
ayahnya.
"Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,
"Ayu... .. papa sedang sibuk sekali, jangan sekarang yah" sanggah
Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius. Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"
Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh
mama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu", " Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu,

Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh membentaknya dengan keras,

Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampir
menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar "

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Peri Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;

"Baammmm!!"

Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,

",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya
keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.

Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar
halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh
menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata.

"Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya
memohon,.lagi "Rahayu.. papa mohon ampun nak"

" papa sayang Rahayu "

Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai.

Sekian... ..

Keberkatan dan Kelebihan Hari Jumaat


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Wednesday, 22 February 2012

Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.
Sumber: http://tazkirahawam.blogspot.com/

Tuesday, 21 February 2012

Kekasih-Devotees

Kekasih

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua
Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu...

Pesanan Buat Wanita


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.                                                             (Surah An-Nur: 31) 


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik”                                                   (Surah Al-Hadid: 16) 

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan segera dan bukannya nanti dulu. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama. 



Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang  ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? 

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirman:
"Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja”

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat. 

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (yang beriman), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

Friday, 10 February 2012

Couple!!!boleh ke...


couple???
apa maksudnya couple tu?
couple maksudnya berpasangan..
dalam Islam memang telah menyatakan setiap daripada kamu telah diciptakan berpasangan..
tetapi Islam tidak menganjurkan untuk berpasangan tanpa ikatan yang sah dari segi syar'i nya...
malah Islam melarang sama sekali sesuatu hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti budaya bercouple ini..
dari mana datangnya budaya ni?
sedangkan Islam tak pernah mengajarnya...
fikirkan persoalan ini dan cuba renungkan, kalau bukan datangnya dari ajaran Islam dari mana datangnya...
ana tigalkan persoalan ini untuk antum smua fikirkan..
adakah dengan cara bercouple kita boleh mengenal pasangan kita sebaik2nya?
mungkin akan ada yang akan menjawab ya dan mungkin ada yang mengatakan tidak..
bagi yang menjawab ya, mungkin mempunyai alasannya, apabila kita berkenalan dengan cara berpasangan ni sudah tentulah kita akan mengenali pasangan kita sebetul2nya..
tapi adakah kita pernah terfikir bahawa hati manusia dan nafsu kehendak manusia boleh berubah-ubah..
jadi bagi yang mengatakan ya, mungkin pandangan antum salah kerana, jika Allah telah tetapkan jodohnya dengan orang lain maka tidakkah antum yang ditingalkan tidak meneyesal kerana itu...
pertemuan dan perpisahan tu adalah takdir Allah..
setiap pertemuan dan perpisahan itu telah Allah aturkan..
jadi kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapatkan apa yang kita hendaki...
berusaha tidak semestinya dengan cara mencari pasangan atau bercouple kerana setiap usaha yang diredhai Allah pasti akan membuahkan hasil...
usaha ada bermacam-macam cara..
bercouple bukan lah cara terakhir dan terawal yang kita perlu ambil tetapi bercouple bukanlah cara yang sepatutnya kita ambil..
perasaan mencintai orang lain memang tidak boleh dihalang..
tetapi fikirkanlah perasaan Allah jika kita melanggar larangannya...
yang mana harus kita utamakan diri kita atau mentaati perintah Allah...


Bukan Senang Nak Lupa


bukan senang nak lupa,.....pe yg korg fhm ttg tajuk nie....??msti byk yg trbayang dlm fikiran korg kn,...contoh...dpt pe yg kte impikan so bkn snang nk lupa saat 2....bkn snang nk lupa sifat baik nye trhadap kte...ermm pe lg eyk...tgh fkir nie....urmmm

Wednesday, 8 February 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Bantulah Kaum Adam Wahai Hawa

Seindah hiasan dunia,
Ialah wanita solehah.. Yang menjadi perhiasan dunia..
Yang dijaga baik..
Yang sentiasa disembunyikan
Supaya harga (maruahnya) sentiasa bernilai tinggi
Tidak semua lelaki ajnabi akan dapat melihatnya
Hanya benar-benar layak sahaja dapat memiliki perhiasan ini
Kerana ALLAH akan sentiasa memelihara HARTANYA YANG BERHARGA
Hanya kekasihnya yang benar-benar layak sahaja dapat memilikinya
Supaya harta-Nya sentiasa akan bersinar dan bermutu tinggi
Wanita solehah akan sentiasa menjadi perhiasan dunia yang bernilai
Terutama bagi suaminya
Yang akan menjaga aib dirinya, hak suaminya sahaja yang dapat memiliki dan maruah keluarga serta agama
Yang akan sentiasa menjadi perhiasan bagi kebanggaan suami
Bukan mendatangkan fitnah kepada lelaki
Yakni wanita yang sentiasa membuka aib, hak suami ( aurat) di hadapan lelaki ajnabi
Ini akan menjatuhkan maruah suami
Wanita solehah,
Akan sentiasa membantu kaum Adam
Untuk menjaga iman mereka,
Supaya umat Islam dapat dilahirkan dan dikenali di dunia,
Maka dakwah secara perlakuan peribadi dapat disebarkan
Bukan yang akan meruntuhkan iman lelaki
Wahai wanita solehah
Sayangilah kaum Adam..


Kerana kaum Adam juga termasuk adik beradik lelaki kamu, ayah kamu dan kaum kerabat lelaki kamu..
Kasihanilah mereka ukhti,
Benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan mereka merasai nikmat hidup di Syurga dan dunia dengan aman
Jagalah aurat mu, jagalah maruah mu. Supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka sahabat
Kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH..
Sahabat bantulah mereka
Bantulah mereka, Jangan bebankan mereka dengan dosa yang kita lakukan..

IslamicFinder: Accurate Prayer Times, Athan (Azan), Mosques (Masjids), Islamic Center, Muslim Owned Businesses, Hijri Calendar, Islamic Directory worldwide.

IslamicFinder: Accurate Prayer Times, Athan (Azan), Mosques (Masjids), Islamic Center, Muslim Owned Businesses, Hijri Calendar, Islamic Directory worldwide.

Tuesday, 7 February 2012

Assalamualaikum....!!!

sejauh mne kte fhm dgn ayat2 diatas...

kne fhm tul2 konsep nie....cm kte tw jdoh hnye Allah yg tw...tp 2 xbrmkne kte brserah sje n tanpa bt pe2...ssua2 bnda xkn dtg brgolek tanpa usaha...lps usaha brulah kte brtawakal...kte hnye prlu brusaha n brdoa brharap die jdoh yg trbek utk kte...lps 2 krja Allah mnentukan yg lbh trbek utk kte....wanita yg bek utk lelaki yg bek....Allah Maha Mengetahui..insyAllah