Ya Allah...
Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan
atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat
fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain
kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan
surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam
mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang
dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka
yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas
junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan
juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan
sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.
Hadis nabi yang bermaksud:-
Daripada Syufyan Ibn
Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah
kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada
seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman
kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasa kaslan
(malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak
mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah
sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar
keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang
sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada
kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.
Namun jangan pula diambil mafhum ayat di atas dengan mengatakan
"aku nak pilih amalan yang sedikit je la, lagi senang kan...."
Betulkanlah kefahaman kita. Sesungguhnya bukanlah istiqamah di sini
hanya sekadar cukup dengan amalan yang sedikit namun Rasulullah lebih
mendidik kita agar lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Selagi
mana kita mampu beramal dan beristiqamah dengan amalan kita, teruskan.
Dan sekiranya kita mampu lagi untuk menambahkan amalan kita dan dapat
beristiqamah dengannya, maka teruskanlah. Setelah yakin dapat istiqamah
dengan amalan itu, maka tingkatkanlah dengan amalan lain pula. Itu yang
seelok-eloknya.
Ingat Ya Ikhwan... Manusia yang bodoh ialah manusia yang hari ini
sama dengan hari semalam manakala manusia yang pandai dan berjaya ialah
manusia yang hari ini lebih baik dan ada peningkatan daripada hari
semalam.
Teringatkan pada kata seorang teman ,
"Payah ke istiqamah? Tengok aku, istiqamah je main game FIFA/PES."
Saya hanya ketawa tanpa berkata apa-apa dan hanya berfikir itu
hanyalah gurauan semata walaupun sebenarnya kata-kata itu menyedarkan
saya tentang sesuatu iaitu istiqamah!. Hati saya terdetik, mungkin Allah
mahu memberitahu saya - "Jika kita mahu mengekalkan dan istiqamah dalam
melakukan sesuatu, kita mesti punya minat dalam melakukan ia. Dan dari
sudut lain, perlu ada kesedaran betapa bermaknanya sesuatu itu.
Memaknakan sesuatu yang bermakna!
Justeru, minat, kecintaan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu
perkara juga perlu untuk disebatikan di dalam diri. Demikianlah para
ulama' yang sentiasa istiqamah di dalam ibadah yang dilakukan. Di
dalam hati mereka hanya ada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lantas
mereka dapat merasakan kekusyukan dan kemanisan dalam beribadat kepada
yang Maha Esa. Lantaran didikan Rasulullah itu lah, mereka sentiasa
istiqamah dan menjadi hamba yang punya kualiti di dalam ibadahnya, punya
taqwa yang tinggi di dalam hatinya. Kita?
"Ya Allah, jauhnya darjat ku ni berbanding dengan mereka ini. Semoga
aku dapat bersama dengan mereka beristiqamah dalam agama islam. Insya
Allah..."
"Maka
tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana
diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa
yang kamu kerjakan"
(Surah Hud ayat 11)
(Surah Hud ayat 11)
Ambillah pedoman daripada cerita sang Abid, Barsisa yang tekun
beribadat selamat 70 tahun, namun kecundang dengan tipudaya syaitan.
Berakhir dengan sujud kepada syaitan dan kufur kepada Allah. Menunjukkan
betapa hebatnya cabaran dan susahnya untuk istiqamah dalam beribadah
kepada Allah. Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk
rayu syaitan yang menggiurkan.
Berhubung dengan ini, Allah SWT menyatakan di dalam firmanNya yang berbunyi:-
"Dan ketika
syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata,
'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari
ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu."
(Surah Al-Anfaal ayat 48)
(Surah Al-Anfaal ayat 48)
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir).
"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
No comments:
Post a Comment