Seseorang wanita
itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke
dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini
bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi
sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak &
saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang
yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
oleh anaknya.
KEDUA -
SUAMINYA
Apabila sang
suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh
isterinya.
KETIGA
ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya
sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak
abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK
LELAKINYA
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila
ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan
disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka
kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan
tidak silap.
Firman ALLAH
SWT:-
"HAI ANAK
ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN
PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Hai wanita,
kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda
kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T
bersungguh dan dengan ikhlas.
Akhir kalam,
marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh
mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment