Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi
tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan
resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada .......
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi
tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan
resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang
bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak
lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk
oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh
Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan
ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan
iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan
akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di
situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan
lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbinya...
Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia
lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah
Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali
karamallahuwajhah
Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan
dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk pengalasnya
tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya dekat dengan lengan ………dekat
dengan hati untuk disayangi..
No comments:
Post a Comment