Tuesday, 11 September 2012

Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab


Assalamualaikum...
Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.
Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.
Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata.
01. AURAT
Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.
Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.
Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita.
Aurat bagi kaum wanita merangkumi:
  • Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
  • Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
  • Ketika bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  • Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:
  • Suami mereka atau 
  • Bapa mereka atau
  • Bapa mertua mereka atau
  • Anak-anak mereka, atau
  • Anak-anak tiri mereka atau
  • Saudara-saudara mereka atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • Perempuan-perempuan Islam atau 
  • Hamba-hamba mereka atau
  • Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - [Surah An Nur: Ayat 31]
02.HIJAB
Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran.
Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]
03.JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.
Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.
Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini,  fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat mengenakan pakaian berunsur jilbab.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]
04.NIQAB
Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".
Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan.

PENUTUP
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim. Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman...

Monday, 10 September 2012

Dakwah Itu Tugas Siapa??

"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap muslim secara langsung atau tidak, perlu saling nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain. Tanggungjawab itu sudah tercatat sedari loh mahfuz lagi. Kita bukan sesiapa untuk menidakkan tugas ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai diluar sana yang beranggapan seperti saya. Mungkin mereka tersilap faham akan konsep dakwah yang sebenar. Yelah, mana mungkin mahu berdakwah andai diri sendiri masih saja terumbang-ambing dengan keseronokan duniawi. Bagaimana mahu berdakwah kalau diri sendiri pun sekejap begitu sekejap begini. Namun sekarang,saya sedar bahawa dakwah itu tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa. Manusia diutuskan ke muka bumi ini untuk memimpin dalam mencapai keredhaanNya.

Tugas dakwah memang berat. Saya akui kebenarannya. Untuk diri saya yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah itu tidak mudah. Kerana bukan semua mampu berfikir seperti mana yang kita fikirkan. Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah. Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa meningkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat agar bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.
Seorang yang  berdakwah perlu mengamalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah' iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik. Sebagai contoh, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri. Salah satu contoh adalah senyum. Senyumlah kerana ia seindah suria. Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.
Oleh kerana itu, senyumlah kepada sahabat handai dan saudara mara. Anda tidak akan rugi apa-apa hanya kerana anda senyum. Malah, anda akan bahagia. Namun, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja. Kepada para wanita muslimah senyumlah dengan penuh batasan. 
Selain itu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut. Akan tetapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu dengan bukan muhrim . Sekiranya perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, anda perlulah melembutkan cara percakapan tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sahabat, kalau rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi sehinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka. Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini? Kuatkanlah semangat kalian!. Saya berharap agar kalian teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah.

Sunday, 9 September 2012

Masjid Bukan Untuk Yang Senja


Di simpang masuk ke Jalan Masjid, berkumpul sekumpulan pemuda. Tiba-tiba datang seorang pakcik.
"Mari anak-anak, jom kita ke masjid solat berjemaah," seru pakcik tersebut.
"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!" jawab seorang pemuda daripada kumpulan tersebut.
Wajah pakcik itu nampak berdukacita. Apa yang mampu dilakukannya, masalah Iman ummat akhir zaman akan bertindak sebegitu.
Masjid Untuk Orang Tua 'Senja'?
Alasan seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil, "Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je. Buat orang tua sembahyang tak khusyuk! Dahlah, pergi tengok TV lagi bagus."
Alasan seorang ayah untuk anaknya yang meningkat dewasa, "Emm.. Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing. Bila hidayah dah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!".
Waktu kanak-kanak dikatakan membuat bising di dalam masjid, bila dah besar pandai-pandai fikir sendiri pula alasannya. Segelintir ibu bapa seolah-olah lepas tangan tentang soal ibadat anak mereka terutamanya solat berjemaah.
Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakannya adalah dari golongan berumur.
Salah siapa?
Adat Atau Ibadat?
Kebiasaannya, masjid akan diisi oleh golongan tua yang kebanyakan adalah dari 'Kelab Orang-Orang Pencen'. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa pencen mereka dengan beribadat kepada Allah dengan solat berjemaah di masjid.
Alhamdulillah, mereka sekurang-kurangnya mempunyai fikiran tentang ibadat mereka berbanding mereka yang masih belum sedar.
Tetapi, adakah ia sebagai satu ibadat atau satu adat? Apakah apabila tiba usia emas, semua orang Islam baru kena banyakkan ibadat? Adakah waktu muda adalah waktu umtuk bersuka ria dan mencari harta?
Terpulanglah apa pun jawapannya, Allah sahaja yang membalasnya.
Kalau Tak Sempat Tua Bagaimana?
Berbalik pada kisah yang awal tadi (kisah seorang pakcik dengan sekumpulan pemuda), terfikirkah anda tentang kenyataan balas pemuda tadi?
"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!"
Kami muda lagi? Adakah sunnah berjemaah di masjid hanya untuk orang tua sahaja? Bagaimana pula jika seseorang itu tak sempat tua?
Jangan fikir kita di usia muda mustahil terlepas dari kematian! Tidakkah kita melihat rakan-rakan kita yang meninggal dunia dalam usia muda?
Mati kemalangan, mati mengejut (selalunya sakit jantung), dan pembunuhan. Adakah itu bukan satu kematian?
Mati tidak kira tua atau muda, jika sudah sampai ajalnya.. semua orang akan merasai kematian.
Apabila mati, hanya amalan sahaja yang kita bawa  menghadap Allah. Bagaimana jika amalan kita tidak banyak? Adakah kita akan menjawab di hadapan Allah, "Aku mati muda Ya Allah. Tak sempat buat amal Kau dah matikan aku". Adakah begitu?
Bangkitlah Wahai Orang Muda
Di antara golongan yang mendapat perlindungan di padang mahsyar ialah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.
Sewaktu rakan-rakan sebaya kita memenuhkan ruang disko di masa azan Maghrib berkumandang, marilah kita memenuhkan rumah-rumah Allah.
Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang beribadat, tetapi Allah LEBIH menyayangi orang MUDA yang beribadat.
Golongan muda adalah tiang kepada masyarakat, jika roboh tiang itu maka akan rosaklah masyarakat. Cuba kita bayangkan jika semua orang-orang berumur di masjid itu telah tiada, siapakah yang akan mengimarahkan rumah Allah?
Jangan sampai cicak yang ada di siling masjid itu yang bertasbih kepada Allah bersendiri tanpa kehadiran makhluk Allah yang istimewa bernama manusia!

Sunday, 2 September 2012

Bagaimana Untuk Istiqamah??

Ya Allah...
Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.
Hadis nabi yang bermaksud:-
Daripada Syufyan Ibn Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)."
(Hadis Riwayat Muslim)
Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasa kaslan (malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.


Namun jangan pula diambil mafhum ayat di atas dengan mengatakan
"aku nak pilih amalan yang sedikit je la, lagi senang kan...."
Betulkanlah kefahaman kita. Sesungguhnya bukanlah istiqamah di sini hanya sekadar cukup dengan amalan yang sedikit namun Rasulullah lebih mendidik kita agar lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Selagi mana kita mampu beramal dan beristiqamah dengan amalan kita, teruskan. Dan sekiranya kita mampu lagi untuk menambahkan amalan kita dan dapat beristiqamah dengannya, maka teruskanlah. Setelah yakin dapat istiqamah dengan amalan itu, maka tingkatkanlah dengan amalan lain pula.  Itu yang seelok-eloknya.
Ingat Ya Ikhwan... Manusia yang bodoh ialah manusia yang hari ini sama dengan hari semalam manakala manusia yang pandai dan berjaya ialah manusia yang hari ini lebih baik dan ada peningkatan daripada hari semalam.
Teringatkan pada kata seorang teman ,
"Payah ke istiqamah? Tengok aku, istiqamah je main game FIFA/PES."
Saya hanya ketawa tanpa berkata apa-apa dan hanya berfikir itu hanyalah gurauan semata walaupun sebenarnya kata-kata itu menyedarkan saya tentang sesuatu iaitu istiqamah!. Hati saya terdetik, mungkin Allah mahu memberitahu saya - "Jika kita mahu mengekalkan dan istiqamah dalam melakukan sesuatu, kita mesti punya minat dalam melakukan ia. Dan dari sudut lain, perlu ada kesedaran betapa bermaknanya sesuatu itu. Memaknakan sesuatu yang bermakna! 
 Justeru, minat, kecintaan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara juga perlu untuk disebatikan di dalam diri. Demikianlah para  ulama' yang sentiasa  istiqamah di dalam ibadah yang dilakukan. Di dalam hati mereka hanya ada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lantas mereka dapat merasakan kekusyukan dan kemanisan dalam beribadat kepada yang Maha Esa. Lantaran didikan Rasulullah itu lah, mereka sentiasa istiqamah dan menjadi hamba yang punya kualiti di dalam ibadahnya, punya taqwa yang tinggi di dalam hatinya. Kita?
"Ya Allah, jauhnya darjat ku ni berbanding dengan mereka ini. Semoga aku dapat bersama dengan mereka beristiqamah dalam agama islam. Insya Allah..."
"Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"
(Surah Hud ayat 11)
Ambillah pedoman daripada cerita sang Abid, Barsisa yang tekun beribadat selamat 70 tahun, namun kecundang dengan tipudaya syaitan. Berakhir dengan sujud kepada syaitan dan kufur kepada Allah. Menunjukkan betapa hebatnya cabaran dan susahnya untuk istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan.
Berhubung dengan ini,  Allah SWT menyatakan di dalam firmanNya yang berbunyi:-
"Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu."
(Surah Al-Anfaal ayat 48)
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir).

"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

Monday, 20 August 2012

Fadhilat Puasa Enam di Bulan Syawal


Salam berbahagia dan salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Di masa yang terluang ini saya siapkan satu airtikel yang ringkas dan padat untuk anda semua yang mencari fadhilat puasa enam Syahwal. Di antara fadhilat puasa enam Syahwal ialah :

  1. Puasa enam hari di bulan Syahwal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.

  2. Puasa Syahwal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

  4. Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

  5. Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

Tuesday, 14 August 2012

Hargai Ibu Bapa, Elak Derhaka


Berbakti kepada ibu bapa dengan :
-    Berbuat baik kepada mereka
-    Mengerjakan hak hak mereka
-    Sentiasa ikut perintah selagi tak langgar syarak
-    Menjauhi perkara yang menyakitkan hati, namun buat perkara yang mengembirakan


Kelebihan berbakti kepada kedua ibubapa:
-    Diberi ganjaran syurga
-    Dihapuskan dosa
-    Hidup diberkati dunia akhiratnya
-    Doa orang berbakti maqbul
-    Berbakti, melihat dan menziarah ibubapa ialah ibadat besar di sisi ALLAH

Cara menghormati kedua ibubapa
-    Berbuat ihsan kepada mereka dengan beradab sopan
-    Bertanggungjawab dan menjaga mereka dengan baik
-    Sebtiasa berdoa dan taat kepada mereka
-    Menghormati teman teman dans esiapa yang ebrkaitan dengan mereka
-    Apabila meninggal dunia, doakan ALLAH mengampuni dosa mereka dan merahmati mereka serta menunaikan segala wasiat mereka dan langsaikan hutang mereka.



Adab bersama ibubapa:

-    Sentiasa taat dan patut pada ibubapa.
-    Hendaklah bercakap lemah lembut , jangan herdik
-    Sentiasa hormat dan saying mereka
-    Jangan derhaka
-    Mendoakan mereka
-    Memanggil ibubapa dengan nama yang disenangi mereka.
-    Gembirakan hati ibubapa dengan menolong mereka
-    Ucapkan salam dan pohon maaf ibubapa , tatkala mahu berpisah .
-    Muliakan sahabat , saudara-mara , teman ahli keluarga, merapatkan siraturrahim.
-    Umur lanjut, penuhi keperluan dan kemahuan mereka.
-    Tatkala meninggal dunia, hendaklah berdoa , bersedekah  untuk mereka.

Saturday, 11 August 2012

Lailatul Qadar Malam Yang Dinanti oleh Mukmin


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Saturday, 2 June 2012

Kisah pemuda ikhlas dan syaitan

Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.
Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini."
Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"         
Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"
Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."
Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."
Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.
Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.
Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"
Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."
Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.
Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."
Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.
Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.
Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.
Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.

Al-Quran sendiri banyak kali menekankan mengenai keikhlasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
"Padahal mereka tidak diperintah melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas beribadat kepada-Nya, malah tetap teguh di atas tauhid." (Surah al-Bayinah, ayat 5)
Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah) ialah segala ibadat dan amalan yang suci bersih (daripada segala bentuk kesyirikan)." (Surah az-Zumar, ayat 3) 
Jelas dan nyata umat Islam perlu ikhlas malah diwajibkan ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan sahaja dalam ibadat khusus, dalam setiap amalan dan perbuatan harian yang lain juga mesti diikhlaskan kerana Allah.
Ini kerana lawan kepada ikhlas dalam berakidah kepada Allah adalah syirik kepada Allah, dan sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah syirik.
Muaz bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikitpun akan mencukupkan kamu." (al-Hakim dan al-Dailami, disebut juga dalam Jami' As-Sangir karangan Imam as-Sayuti) 
Ujian keikhlasan Waktu keikhlasan paling teruji adalah ketika dalam solat, sama ada wajib ataupun sunat.
Sebagaimana yang dinyatakan, kita mungkin bermula dengan penuh keikhlasan namun berkakhir dengan sebaliknya dan mungkin kita bermula dengan kurang memberikan perhatian namun tiba-tiba terasa nikmat dan kelazatan raja' kepada Allah saat dalam rukuk dan sujud dan sebagainya.
Solat adalah medan yang terbaik bagi menguji keikhlasan. Kalau dalam solat kita boleh berlaku ikhlas nescaya dalam urusan dan ibadat lain juga tidak menjadi masalah.
Diceritakan kepada kami dalam satu kuliah, ustaz berkata, "Kalau mahu tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam solatnya, maka lihatlah apakah kualiti beliau bersembahyang di masjid sama dengan kualiti beliau sembahyang seorang diri di rumah atau depan lembu!?" Kata kuncinya adalah usaha.
Allah menyatakan yang bermaksud: "Maka berazamlah, dan bertawakal kepada Allah."

Seni dalam berdakwah

Beliau melihat seorang remaja keluar daripada masjid sambil menangis.
Beliau terkejut.Disusulinya, lalu disapanya dengan lembut.
"Kenapa menangis ini?" Tanya beliau.
Remaja itu memberikan jawapan.
Dia dimarahi. Dimarahi oleh seorang 'pakcik' di dalam masjid.
Dia dimarahi kerana memakai baju yang bertulis 'punk is not dead'.
Demikian kisah yang diceritakan oleh Dr. Danial Zainal Abidin kepada saya. Cerita yang hampir sama juga mungkin dilalui oleh kebanyakan remaja.
Saya tidak hairan mendengar kisah tersebut. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa budak itu memang bersalah, bagi saya bukan begitu. Tapi kerana, kisah seumpama ini telah banyak kita dengar.
•       Dimarahi kerana memakai baju bercorak banyak ke masjid.
•       Dimarahi kerana bersembang di dalam masjid.
•       Dimarahi kerana tidur di dalam masjid untuk qiamulail.
•       Dimarahi kerana tidak memakai kopiah atau songkok ke masjid.
•       Dimarahi kerana menukar siaran radio daripada yang 'islamik' kepada siaran radio biasa.
•       Dimarahi kerana membawa al-quran terjemahan bersama ke mana-mana. Alasannya, berakhlaq dengan al-quran lah, wudhu' lah, macam-macam lagi alasan tak munasabah.
Serta banyak lagi 'kisah-kisah menyakitkan telinga' yang lain. Terlalu banyak sehingga tak dapat hendak disenaraikan semuanya.
Memang tak dapat dinafikan lagi, pada hari ini sudah banyak gerakan-gerakan pemulihan islam cuba dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Masyarakan sudah mula sedar tentang kepentingan islam dalam kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah.
Namun, adakah betul caranya? Bukankah kita selalu mendengar perkataan 'niat tidak menghalalkan cara'? maka dalam dakwah juga sama. Caranya juga perlu betul.
Dakwah perlukan seni, sebagaimana lukisan.
Analoginya mudah.
Pernahkah kita cuba mengambil sekeping kertas, lalu mencontengnya dengan teruk? Apakah hasilnya?
Berbeza dengan kertas yang dilakar dengan teliti, diperhatikan dan diperhalusi hasilnya. Bagaimana pula kali ini?
Seperti juga lukisan, dakwah perlukan seni. Kerana bagi kita yang mengaku sebagai da'ie, kita sedang menyeru manusia. Manusia yang fitrahnya menyukai nilai-nilai kesenian.
Dan perlu diingatkan, kita sedang 'menyeru'. Bukan 'menyuruh'.
Maka perlu dibezakan antara keduanya.
Majlis yang bosan!
Cuba bayangkan, jika kita dipanggil untuk menyertai satu majlis, yang tiada makan-makan di dalamnya, yang bosan, dengan mudah boleh membuatkan kita mengantuk, apakah kita bersemangat untuk menyertainya?
Jawapan yang paling jujur ialah, tidak.
Hakikat yang perlu kita fahami sebagai da'i, kita adalah penyeru. Kitalah yang perlu mengajak orang memasuki dewan itu, ke majlis yang bosan itu. Kita umpama 'penyambut tetamu di dewan itu.


Maka, sebagai penyambut tetamu, tidak dapat dielakkan bahawa kita akan menjadi salah satu di antara dua:
•       Penyambut
•       Penghalau
Kita ibarat orang yang berada di pintu depan, di mana tetamu masuk ke majlis itu. Dan kitalah yang akan menjadi penentu, adakah mereka bakal memasuki majlis itu ataupun tidak. Sikap kita, layanan kita, perhatian yang kita berikan. Semuanya diambil kira.
Jika semuanya baik, bagus, menjadi satu kebaikan buat kita. Namun bagaimana sekiranya kerana kita, mereka terhalang daripada memasukinya?
Tiada penghargaan langsung diberikan. Malah langsung dimarahi, itu tidak kena, ini tidak kena.
Dalam melakukan sesuatu yang bosan, menyusahkan, perkara yang paling sering diperlukan manusia hanya satu. Penghargaan. Tidak kurang, tidak lebih. Sekadar itu. Penghargaan.
Seperti pelajaran.
Majoriti kanak-kanak menganggap pembelajaran sebagai sesuatu yang membosankan.
Maka apa yang mampu memotivasikan mereka untuk terus belajar?
Hanya satu. Penghargaan.
"Hasil kajian jelas menunjukkan tiada apa yang dapat memotivasikan seorang kanak-kanak lebih daripada mengetahui pembelajarannya dihargai oleh sekolah dan komunitinya. Hal ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya. Hal ini memerlukan campur tangan semua yang terlibat."
[ Michael Fullan, Broadening the Concept of Teacher Leadership]
Sekiranya kita menelusuri kisah sirah, pasti dapat dilihat bagaimana Rasulullah S.A.W sangat menghargai para sahabat.
Kisah Rasulullah mengatakan pintu syurga terbuka luas buat Abu Bakar As-Siddiq.
kisah Rasulullah menggelarkan sebahagian sahabat dengan gelaran ahli syurga.
Bahkan kisah Rasulullah tidak memarahi orang arab badwi yang membuang air di dalam masjid.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suriteladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
[Qs Ahzab, 33:21]
Hanya tahu mengeji, tidak mahu menghargai.
Namun inilah masalah terbesar masyarakat kita hari  ini. Bahkan para da'i juga tidak terkecuali.
Mengukir, namun tidak mewarna.
Saya tidak bermaksud kita tidak perlu memarahinya kerana membuat kesilapan, namun inilah yang dimaksudkan dengan kesenian.
Bukan hanya mewarna sahaja atau mengukir sahaja semata-mata.
Tetapi kedua-duanya sekali.
Ada kalanya, kita juga perlukan sedikit kekerasan. Kekerasan yang berbentuk dorongan. Dorongan untuk terus maju dan berubah. Itulah hikmah. Sinergi antara kelembutan dan kekerasan.
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Qs. An-Nahl, 16:125]
Namun bukan semua perkara perlukan kekerasan.
Masalah kita ialah, kesalahan dimarahi.
Namun kebaikan tidak dihargai.
Tidak hairanlah wujud pepatah inggeris,
"banyak kali aku melakukan kebaikan, aku langsung tidak  mendengarnya. Namun sekali aku melakukan kesilapan, aku mendengarnya selama-lamanya."
Sepatutnya, kebaikan dihargai.
Kesalahan memang perlu dimarahi, namun dengan cara yang betul.
Kerana kita adalah penyambut tetamu di sebuah majlis yang bosan. Maka perkara yang sangat diperlukan oleh peserta-peserta majlis itu ialah penghargaan. Bukan hanya kejian yang tidak munasabah.
Jika tersilap langkah, (naudzubillah) kita bakal menjadi penghalau. Dan inilah yang sangat berbahaya. Tatkala kita menjadi antara orang-orang yang 'menghalangi manusia dari jalan Allah'.
"Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia)dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan."
[Qs An-Nahl, 16:88]
Tiada sambutan?
Seringkali kita bertanya, mengapa program-program islam, masjid, ceramah, kuliah agama, dan sebagainya sepertinya kelihatan hampir langsung tidak mendapat sambutan?
Ya, mungkin orang ramai boleh merungut, "generasi sekarang dah tak suka program agama,", "Remaja sekarang tak boleh diharap", "anak muda sekarang tak takutkan Allah," dan macam-macam lagi alasan kerana terlalu tinggi ego untuk mengakui satu hakikat.
Hakikat bahawa kita, penyeru, inilah penyebabnya.
Sikap kita, akhlaq kita, penghargaan yang kita berikan, layanan kita, inilah faktornya.


Sudahlah majlis itu bosan, ditambah lagi dengan sikap penyambut tetamunya yang menyakitkan hati, siapa yang mahu menyertai program tersebut? Saya pun tidak mahu!
Kesimpulannya,
Wahai da'ie, siapakah anda?
Adakah anda seorang penyambut tetamu, yang mana kerana andalah majlis itu mendapat sambutan penuh?
Atau adakah  anda 'penghalau tetamu', yang mana kerana andalah majlis itu sunyi daripada sambutan?
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
[Qs Al-Imran, 3:159]
"Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keridaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim."
[Qs. Al-An'am, 6:52]
"Apa guna artikel panjang-panjang, kalau tak ada impak."

Monday, 30 April 2012

Indah yang tertutup






UNIC-Balqis

Balqis

Artist: UNIC
Album: Satu Tekad
Song Category: Nasyid
Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

Nafsu

Soalan
 
Assalamualaikum warahmatullah..
Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.
Jawapan
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.
Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.
Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya sebelum ini :-
Allah swt juga menegaskan :-
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?.  Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
  • Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
  • Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
  • Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.
Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah.  Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.
Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.
Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.
Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :  
  • azab api neraka,
  • azab kubur,
  • mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  • kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  • tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  • dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti AIDS,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah  dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.
ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?
Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.
Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.
Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.
SENARAI ‘YANG JANGAN'  DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN
Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
 
  • 1.    Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
 
 
  • 2.    Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
 
 
  • 3.    Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
 
 
  • 4.    Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
 
 
  • 5.    Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.
 
 
  • 6.    Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
 
 
  • 7.    Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
 
 
  • 8.    Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
 
 
  • 9.    Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
 
 
  • 10.  Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
 
 
  • 11.  Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
 
 
  • 12.  Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
 
 
  • 13.  Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
 
 
  • 14.  Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
 
 
  • 15.  Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
 
 
  • 16.  Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
 
وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
 
 
  • 17.  Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
 
 
  • 18.  Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
 
 
  • 19.  Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
 
 
  • 20.  Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
 
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
 
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
 
Sekian