Dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini, kita
berhadapan dengan pelbagai kuasa perubahan yang menuntut kita melakukan
perubahan. Sama seperti orang lain, remaja juga tidak ketinggalan dilanda kuasa
perubahan sosial yang amat ketara. Kegawatan sosial mengakibatkan remaja
terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Walau apapun pengalaman mereka
dengan interaksi persekitaran, mereka seharusnya mampu mencitra persekitaran
mereka sendiri. Namun, persoalannya bagaimana?
Amatlah penting remaja menyedari bahawa mereka mempunyai
pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus dijalankan agar mereka dapat
diterima oleh sistem sosial sebagai sebahagian warga masyarakat. Sebenarnya,
remaja mempunyai pilihan sama ada untuk terperangkap dalam permasalahan sosial
atau berubah ke arah kebaikan sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.
Sedangkan, Islam amat menitik beratkan kemajuan dan
perkembangan diri yang positif pada setiap individu. Justeru itu, untuk menjadi
umat yang maju dan berdaya saing dalam menuju abad 21 ini, para remaja harus
berani melakukan perubahan. Kita mesti mengambil usaha mengubah diri kit
sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak
mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
sendiri" (Surah Ar-Ra'd: 11).
Namun, untuk memastikan kejayaan terhadap perubahan yang
ingin kita lakukan, kita mestilah mengenal pasti kaedah yang boleh membawa
kepada kejayaan tersebut. Angan-angan atau impian tidak akan menjadi kenyataan
tanpa usaha. Malah, dengan hanya berbekalkan semangat dan kemahuan
semata-mata, ia tidak akan mencukupi untuk berubah tanpa kaedah yangsistematik.
semata-mata, ia tidak akan mencukupi untuk berubah tanpa kaedah yangsistematik.
Untuk berubah dengan jayanya, ada beberapa langkah yang
boleh diambil:
Bermula dengan kesedaran dan
ilmu
Sebenarnya tarikan untuk berubah bermula dengan kesedaran.
Oleh itu, untuk berubah menjadi remaja Muslim yang cemerlang, pertamanya kita
perlu menyedari siapakah diri kita yang sebenarnya dan ke manakah arah tujuan
kita? Disamping itu, kita perlu menilai apakah nilai hidup yang kita bawa untuk
sampai kepada tujuan tersebut?
Justeru itu, remaja sangat perlu menyiapkan diri dengan ilmu
keduniaan mahupun kerohanian supaya mereka tahu kenapa mereka perlu berubah ke
arah kecemerlangan. Kekuatan ilmu akan menyerlahkan kematangan jiwa dan
kemantapan berfikir yang akan membolehkan mereka mampumempertahankan
diri daripada segala cabaran yang mendatang. Dengan itu remaja akan sentiasa teguh berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan amalannya dalam kehidupan mereka secara total.
diri daripada segala cabaran yang mendatang. Dengan itu remaja akan sentiasa teguh berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan amalannya dalam kehidupan mereka secara total.
Namun, remaja haruslah mengetahui bahawa sejauh mana
sekalipun pengetahuan yang ada pada dirinya, ia tidaklah terjamin selagi
pembentukannya tidak bersifat rabbani kerana tanpa sifat ini, ilmu
pengetahuan tidak akan dapat diasaskan pada takwa dan keredaan Allah S.W.T.
pengetahuan tidak akan dapat diasaskan pada takwa dan keredaan Allah S.W.T.
Mengenal pasti dimensi
perubahan diri
Dalam Islam kita perlu mencari pembaharuan (islah) dari
keadaan sekarang kepada yang lebih baik dan seterusnya kepada yang lebih
cemerlang.Oleh yang demikian kita akan sentiasa mempertingkatkan diri
(ihsan) ke arah kesempurnaan (itqan).
(ihsan) ke arah kesempurnaan (itqan).
Apabila prinsip islah, ihsan dan itqan mampu digarap, remaja
akan meningkatkan tahap keimanan diri dan sentiasa berusaha untuk melayakkan
diri ke tahap yang lebih tinggi tanpa berputus asa. Mendapatkan sesuatu yang
terbaik, memperbaiki dan menambahnya merupakan suatu proses yang
berterusan dalam kehidupan remaja. Justeru itu, aktiviti mereka akanlebih terarah dan setiap kesempatan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
berterusan dalam kehidupan remaja. Justeru itu, aktiviti mereka akanlebih terarah dan setiap kesempatan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Memprogram sistem kepercayaan
diri
Sebenarnya, kita ialah apa yang kita percaya. Sebagai
contoh, sekiranya kita mempercayai bahawa diri kita ini tidak berguna dan tidak
mampu menonjolkan akhlak yang mulia, kita akan terus mengamalkan perkara yang
negatif dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kepercayaan kendiri menentukan
had pencapaian yang akan kita capai. Batasan kepercayaan kendiri jugalah yang
akan membataskan perkembangan diri seterusnya.
Justeru itu, kita harus memiliki sikap mental yang positif.
Untuk itu, kita harus mengikis kepercayaan yang negatif dan sebaliknya
membaharui diri dengan kepercayaan yang positif. Apabila kita memiliki sistem
kepercayaan yang positif tentang diri kita, maka akan lahirlah tingkah laku
atau natijah yang baik daripada individu tersebut.
Menjana perubahan yang
berkekalan
Untuk memastikan perubahan yang berkekalan, kita perlu
menyediakanskrip hidup kita dengan menetapkan matlamat dan berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut. Dengan kata-kata lain, remaja boleh menyediakanpernyataan
misi peribadi, menetapkan matlamat dan merumuskan satu pelan
tindakan untuk mencapai matlamat. Remaja juga mestilah mengetahui caraberkesan untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.
tindakan untuk mencapai matlamat. Remaja juga mestilah mengetahui caraberkesan untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.
Namun, amatlah penting remaja mengekalkan keinginan dan
semangat yangmendalam serta berterusan untuk berubah dengan
cemerlang.Pengesahan dan pernyataan positif yang dikatakan kepada diri sendiri
akan merangsang individu untuk mencapai hasil yang diimpikan.
Seterusnya,pengukuhan dan pengakuan diri mesti diteruskan pada setiap waktu
agar perubahan yang dijana akan berkekalan.
Sebagai kesimpulan, remaja yang mempunyai wawasan jauh
sertabertanggungjawab terhadap maruah diri, agama dan negara akan
menyedaricabaran serta harapan yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Remaja mestilah mengaplikasi syariat Islam dalam kehidupan seharian serta
berazam untuk melakukan perubahan yang berterusan demi mempertahankan dan
mengembalikan budaya Melayu Islam, di tempatnya yang asal.
No comments:
Post a Comment