Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...
Monday, 30 April 2012
UNIC-Balqis
Balqis
Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...
Nafsu
Soalan
Assalamualaikum
warahmatullah..
Terlalu
banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan
nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi,
bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan
taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini
semua.
Jika
tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh
hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya
tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah
dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.
Jawapan
Sifat
nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.
Kegagalan
pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala
sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus
lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal
juga mungkin tertewas.
Allah
swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai
contoh dalam ayat :-
أُحِلَّ
لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ
وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ
أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya
:
Dihalalkan
bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka
itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak
dapat menahan nafsumu, karena itu
Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui
ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga
‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia,
Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun,
itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam
menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.
Kifarah
adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi,
taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan
kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan
saya sebelum ini :-
Allah
swt juga menegaskan :-
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh
kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
BAGAIMANA
MENGEKANG NAFSU ?
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang
bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu
syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah
peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah
swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh,
ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di
Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan
hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan
mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
- Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
- Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
- Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya,
proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru
pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis
penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh
fizikal.
Seperti
menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.
Pesakit
kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang
dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan,
bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu
didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.
Pesakit
kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia
punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat
buruk melanggarinya.
Dia
juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh
kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal
mengawal nafsu makannya.
Bagi
nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan
faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari
rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
- dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan
itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
- penceraian akan
berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat
malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan
dijangkiti AIDS,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
- dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan
semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda
setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan
ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan
mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu
itu.
ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG
MENYELEWENG?
Tidak
dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan
terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan
kecil.
Tatkala
itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan
kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih
mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.
Kerana
itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu,
tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan
amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.
SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN
Sebagai
kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa
cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan
padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
- 1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan
seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
- 2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
- 3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
- 4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
- 5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
- 6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
- 7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
- 8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
- 9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
- 10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
- 11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
- 12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
- 13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
- 14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
- 15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
- 16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
وَلاَ
تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu
menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat
jelas ( Al-Baqarah : 168 )
- 17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
- 18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
- 19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
- 20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
وَسَارِعُوا
إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ
أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan
bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas
langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Demikian
beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu
sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk
hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh
kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita
ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ
مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang
yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
Sekian
Friday, 20 April 2012
1000 view
assalamualaikum......alhamdulillah blog admin dh capai 1000 view....cm xcye jee....konsep berdawah dalam blog yang admin ingin sampaikan memberi sedikit ilmu kepada pembaca....ilmu manusia nak dibandingkan dengan ilmu Allah memang sangat jauh sama sekali....walaubagaimanapun kita sebagai umat islam sedikit pun ilmu kita sampaikan jika mereka amalkan insyAllah mendapat keberkatan....insyAllah..
sampaikan lah ilmu walau sedikit....
sampaikan lah ilmu walau sedikit....
Wednesday, 18 April 2012
Kebesaran Allah
batu terapung
masjid selepas dilanda tsunami
ombak ketika tsunami
awan bentuk Allah
pokok tengah rukuk
dahan pokok kalimah lailahaillah
sarang lebah kalimah Allah
masjid di turki
masjid selepas dilanda tsunami
sungai dalam lautan dalam
pokok tengah rukuk
dahan pokok kalimah lailahaillah
sarang lebah kalimah Allah
masjid di turki
MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH S.W.T
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali
bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang
sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat
kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi
Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut
Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, :
"Wahai saudaraku, kamu tidak
akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku
tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat
Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan
kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku,
berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa
a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat
pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan
pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di
tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa
pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu
maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah
kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka
beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan
sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi
salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa
berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang
berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia,
sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya
kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan
gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak
menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
- Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
- Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
- Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Akan datang waktunya umatku
akan mencintai lima lupa kepada yang lima:
·
Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa
kepada akhirat.
·
Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka
lupa kepada hisab.
·
Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa
kepada al-Khaliq.
·
Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa
untuk bertaubat.
·
Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi
mereka lupa kepada kubur."
Friday, 13 April 2012
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Pendidikan:
� Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
� Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
� Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
� Universiti Deobond, India � 1952.
� Lahore, Pakistan � Ilmu Tafsir Quran � 1957.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Sarjana Perundangan Islam.
Pekerjaan:
� Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
� Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
� Penyelia Kelas Dewasa � KEMAS.
� Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
� 1967 � Daftar sebagai ahli PAS.
� 1967-1969 -Pilihanraya Kecil � Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
� 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
� 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
� 1978-1982 � Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
� 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
� 1986-1990 � Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
� 1990-Sekarang � Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
------> 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
------> 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
------> Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
------> Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.
Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Pendidikan:
� Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
� Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
� Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
� Universiti Deobond, India � 1952.
� Lahore, Pakistan � Ilmu Tafsir Quran � 1957.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Sarjana Perundangan Islam.
Pekerjaan:
� Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
� Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
� Penyelia Kelas Dewasa � KEMAS.
� Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
� 1967 � Daftar sebagai ahli PAS.
� 1967-1969 -Pilihanraya Kecil � Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
� 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
� 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
� 1978-1982 � Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
� 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
� 1986-1990 � Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
� 1990-Sekarang � Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
------> 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
------> 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
------> Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
------> Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.
Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.
Remaja dan Perubahan
Dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini, kita
berhadapan dengan pelbagai kuasa perubahan yang menuntut kita melakukan
perubahan. Sama seperti orang lain, remaja juga tidak ketinggalan dilanda kuasa
perubahan sosial yang amat ketara. Kegawatan sosial mengakibatkan remaja
terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Walau apapun pengalaman mereka
dengan interaksi persekitaran, mereka seharusnya mampu mencitra persekitaran
mereka sendiri. Namun, persoalannya bagaimana?
Amatlah penting remaja menyedari bahawa mereka mempunyai
pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus dijalankan agar mereka dapat
diterima oleh sistem sosial sebagai sebahagian warga masyarakat. Sebenarnya,
remaja mempunyai pilihan sama ada untuk terperangkap dalam permasalahan sosial
atau berubah ke arah kebaikan sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.
Sedangkan, Islam amat menitik beratkan kemajuan dan
perkembangan diri yang positif pada setiap individu. Justeru itu, untuk menjadi
umat yang maju dan berdaya saing dalam menuju abad 21 ini, para remaja harus
berani melakukan perubahan. Kita mesti mengambil usaha mengubah diri kit
sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak
mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
sendiri" (Surah Ar-Ra'd: 11).
Namun, untuk memastikan kejayaan terhadap perubahan yang
ingin kita lakukan, kita mestilah mengenal pasti kaedah yang boleh membawa
kepada kejayaan tersebut. Angan-angan atau impian tidak akan menjadi kenyataan
tanpa usaha. Malah, dengan hanya berbekalkan semangat dan kemahuan
semata-mata, ia tidak akan mencukupi untuk berubah tanpa kaedah yangsistematik.
semata-mata, ia tidak akan mencukupi untuk berubah tanpa kaedah yangsistematik.
Untuk berubah dengan jayanya, ada beberapa langkah yang
boleh diambil:
Bermula dengan kesedaran dan
ilmu
Sebenarnya tarikan untuk berubah bermula dengan kesedaran.
Oleh itu, untuk berubah menjadi remaja Muslim yang cemerlang, pertamanya kita
perlu menyedari siapakah diri kita yang sebenarnya dan ke manakah arah tujuan
kita? Disamping itu, kita perlu menilai apakah nilai hidup yang kita bawa untuk
sampai kepada tujuan tersebut?
Justeru itu, remaja sangat perlu menyiapkan diri dengan ilmu
keduniaan mahupun kerohanian supaya mereka tahu kenapa mereka perlu berubah ke
arah kecemerlangan. Kekuatan ilmu akan menyerlahkan kematangan jiwa dan
kemantapan berfikir yang akan membolehkan mereka mampumempertahankan
diri daripada segala cabaran yang mendatang. Dengan itu remaja akan sentiasa teguh berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan amalannya dalam kehidupan mereka secara total.
diri daripada segala cabaran yang mendatang. Dengan itu remaja akan sentiasa teguh berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan amalannya dalam kehidupan mereka secara total.
Namun, remaja haruslah mengetahui bahawa sejauh mana
sekalipun pengetahuan yang ada pada dirinya, ia tidaklah terjamin selagi
pembentukannya tidak bersifat rabbani kerana tanpa sifat ini, ilmu
pengetahuan tidak akan dapat diasaskan pada takwa dan keredaan Allah S.W.T.
pengetahuan tidak akan dapat diasaskan pada takwa dan keredaan Allah S.W.T.
Mengenal pasti dimensi
perubahan diri
Dalam Islam kita perlu mencari pembaharuan (islah) dari
keadaan sekarang kepada yang lebih baik dan seterusnya kepada yang lebih
cemerlang.Oleh yang demikian kita akan sentiasa mempertingkatkan diri
(ihsan) ke arah kesempurnaan (itqan).
(ihsan) ke arah kesempurnaan (itqan).
Apabila prinsip islah, ihsan dan itqan mampu digarap, remaja
akan meningkatkan tahap keimanan diri dan sentiasa berusaha untuk melayakkan
diri ke tahap yang lebih tinggi tanpa berputus asa. Mendapatkan sesuatu yang
terbaik, memperbaiki dan menambahnya merupakan suatu proses yang
berterusan dalam kehidupan remaja. Justeru itu, aktiviti mereka akanlebih terarah dan setiap kesempatan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
berterusan dalam kehidupan remaja. Justeru itu, aktiviti mereka akanlebih terarah dan setiap kesempatan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Memprogram sistem kepercayaan
diri
Sebenarnya, kita ialah apa yang kita percaya. Sebagai
contoh, sekiranya kita mempercayai bahawa diri kita ini tidak berguna dan tidak
mampu menonjolkan akhlak yang mulia, kita akan terus mengamalkan perkara yang
negatif dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kepercayaan kendiri menentukan
had pencapaian yang akan kita capai. Batasan kepercayaan kendiri jugalah yang
akan membataskan perkembangan diri seterusnya.
Justeru itu, kita harus memiliki sikap mental yang positif.
Untuk itu, kita harus mengikis kepercayaan yang negatif dan sebaliknya
membaharui diri dengan kepercayaan yang positif. Apabila kita memiliki sistem
kepercayaan yang positif tentang diri kita, maka akan lahirlah tingkah laku
atau natijah yang baik daripada individu tersebut.
Menjana perubahan yang
berkekalan
Untuk memastikan perubahan yang berkekalan, kita perlu
menyediakanskrip hidup kita dengan menetapkan matlamat dan berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut. Dengan kata-kata lain, remaja boleh menyediakanpernyataan
misi peribadi, menetapkan matlamat dan merumuskan satu pelan
tindakan untuk mencapai matlamat. Remaja juga mestilah mengetahui caraberkesan untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.
tindakan untuk mencapai matlamat. Remaja juga mestilah mengetahui caraberkesan untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.
Namun, amatlah penting remaja mengekalkan keinginan dan
semangat yangmendalam serta berterusan untuk berubah dengan
cemerlang.Pengesahan dan pernyataan positif yang dikatakan kepada diri sendiri
akan merangsang individu untuk mencapai hasil yang diimpikan.
Seterusnya,pengukuhan dan pengakuan diri mesti diteruskan pada setiap waktu
agar perubahan yang dijana akan berkekalan.
Sebagai kesimpulan, remaja yang mempunyai wawasan jauh
sertabertanggungjawab terhadap maruah diri, agama dan negara akan
menyedaricabaran serta harapan yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Remaja mestilah mengaplikasi syariat Islam dalam kehidupan seharian serta
berazam untuk melakukan perubahan yang berterusan demi mempertahankan dan
mengembalikan budaya Melayu Islam, di tempatnya yang asal.
Saturday, 7 April 2012
Sekadar Renungan
ORANG KATA... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah
tua nanti tobatlah.
ATUK KATA....orang muda hidup memang baru bermula, tapi
belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant
study... past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk
diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan
slide...
AKU RASA... betul jugak tu..
ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan
sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita se makin hampir, hampir
setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar,
kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak
tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu..
ORANG KATA... successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat
pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari,
tapi... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke
nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... errrr.. betul jugak tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)